time 01

NMIM Publications

Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi
Expired
/ Title

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

/ Authors

Wan Aziz Wan Salleh 1, Nordin Jamaludin 2, Mohd Jailani Mohd Nor 2

  1. National Metrology Institute of Malaysia, Lot PT 4803 Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Malaysia
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Malaysia
Image
/ Journal

Journal Teknologi, 64:1 (2013) 25–32, Universiti Teknologi Malaysia

/ Abstract

Nilai pembetulan medan bebas adalah nilai yang digunakan untuk menukarkan sambutan tekanan mikrofon pengukuran bunyi semasa tentukuran kepada sambutan medan bebas. Kaedah perbandingan relatif telah dibangunkan untuk menentukan nilai pembetulan medan bebas sebagai pilihan kepada kaedah mutlak yang sediada. Sambutan medan tekanan telah dibandingkan secara relatif dengan medan bebas. Sambutan mikrofon di dalam setiap medan diperolehi secara perbandingan dengan mikrofon standard makmal yang telah diketahui nilai pembetulan medan bebasnya.

Kedua-dua mikrofon didedahkan secara berturutan kepada sumber bunyi dengan aras tekanan bunyi yang sama di dalam medan bebas dan medan tekanan dan voltan keluaran AC akan diukur. Medan bebas dihasilkan di dalam kebuk nirgema dan medan tekanan di dalam pengganding penentukur bunyi. Nilai pembetulan medan bebas untuk dua mikrofon yang telah diketahui nilainya dari pembuat telah ditentukan dan dibandingkan untuk tujuan pengesahan kaedah. Keputusan perbandingan kedua-dua mikrofon yang saling menepati setelah mengambil kira ketidakpastiannya menunjukkan kaedah relative boleh digunakan.

Image
National Metrology Institute of Malaysia (NMIM)
Lot PT 4803, Bandar Baru Salak Tinggi
43900 Sepang
Selangor Darul Ehsan

WhatsApp

+6018–2121 833

Corporate Inquiries

irene@sirim.my
+603 - 8778 1605 

Service Inquiries

serviceNMIM@sirim.my
+603 - 8778 1604

Complaint & Feedback

Training Course Request